Berita PPTD

MAJLIS IBADAH KORBAN PPTD 2015

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bercadang akan mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun 2015 sempena Hari Raya Aidiladha 1436H yang jatuh pada 24 September 2015. Untuk makluman semua ahli, Jawatankuasa Kebajikan telah mencadangkan harga untuk satu bahagian korban ialah sebanyak RM 550.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Lima Puluh Sahaja).

PERTANDINGAN BOLA JARING PPTD POW-A-NET CHALLENGE 2015

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Sukan, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) akan menganjurkan Pertandingan Bola Jaring PPTD Pow-A-Net Challenge 2015 yang akan diadakan pada 15 Ogos 2015 (Sabtu), Jam 7.30 pagi - 4.00 petang di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kompleks Sukan Negara, 57000 Kuala Lumpur. Yuran penyertaan sebanyak RM 80.00 sepasukan. Sebarang pertanyaan berhubung dengan program ini sila menghubungi Sekretariat Kejohanan seperti berikut:

 

PERSIDANGAN PERKHIDMATAN AWAM KETUJUH BELAS (PPA 2012)

Wednesday, 24 October 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) akan menganjurkan "Persidangan Perkhidmatan Awam Ketujuh Belas" pada 1 dan 2 November 2012 bertempat di Auditorium. INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Tema persidangan kali ini adalah "Public Service of the Future: Opportunities and Challenges". Majlis Perasmian Persidangan Perkhidmatan Awam Ketujuh Belas akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Urus Setia PPA 2012 di talian 03-20847372, En. Ooi Seong Kang ( osk@intanbk.intan.my); 03-20847453, Puan Nor Laili Safiin ( laili@intanbk.intan.my); 03-20847501, Puan Aisyahatun Mastura Mior Habidin ( aisyahatun@intanbk.intan.my) dan 03-20847356, En. R. Thamotharan (thamotharan@intanbk.intan.my).

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN, ALLAHYARHAM ALDY HASMI BIN ABU HASSAN

Tuesday, 25 September 2012

Dimaklumkan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) akan mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin buat Allahyarham Aldy Hasmi bin Abu Hassan yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 September 2012, jam 2.34 petang di Hospital Pekan, Pahang. Majlis ini akan di adakan pada 27 September 2012 (Khamis), di Surau Ar-Raudhah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Maghrib. Semua ahli dijemput hadir. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urus Setia PPTD di talian, 03-26930336/ 03-26984266.

Pages