MAJLIS IBADAH KORBAN PPTD 2014 - 5 OKTOBER 2014

Majlis Ibadah Korban PPTD telah diadakan pada pada hari raya pertama, 5 Oktober 2015 (Ahad) bersamaan 10 Zulhijjah 1435H, bertempat di Blok 4E, Presint 9, Putrajaya dengan bantuan dan kerjasama daripada penduduk Blok 4E, Presint 9, Putrajaya.

Pada tahun ini, PPTD telah menerima seramai 21 peserta yang ingin mengambil bahagian dengan menumbangkan 3 ekor lembu. Bekalan lembu telah dibekalkan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman, Presiden PPTD. Selain itu, turut hadir YBhg. Dato’ Haji Raihan Sharif, Pengerusi JK Kebajikan PPTD dan Encik Abdul Halim Hamzah, AJK Jawatankuasa Kebajikan.