MAJLIS IBADAH KORBAN PPTD 2015

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bercadang akan mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun 2015 sempena Hari Raya Aidiladha 1436H yang jatuh pada 24 September 2015. Untuk makluman semua ahli, Jawatankuasa Kebajikan telah mencadangkan harga untuk satu bahagian korban ialah sebanyak RM 550.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Lima Puluh Sahaja). Kepada semua ahli PPTD yang berminat bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi pihak Urus Setia PPTD di talian 03-26930336/ 03-26984266. Jawatankuasa Kebajikan akan memaklumkan tarikh, masa dan tempat bagi menjalankan Majlis Ibadah Korban PPTD 2015.