MAJLIS IBADAH KORBAN PPTD 2017 - 2 September 2017

 

Assalam semua.

Pihak PPTD Malaysia telah selesai melaksanakan ibadah qurban tuan/puan dan menyampaikan daging qurban kepada 950 buah keluarga di Jempol pada hari ini.

Selain itu turut diadakan kenduri bersama lebih 1,000 orang penduduk 6 buah kampung di sekitar Jempol.

Dalam program yang sama, sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak kampung turut dilaksanakan.

Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat lebihan dalam sumbangan duit raya ini. Lebihan ini telah disedekahkan kepada pihak masjid untuk tujuan pembangunan masjid.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan. Moga-moga Allah memberkati usaha Tuan/Puan. Moga-moga Allah merahmati usaha Tuan/Puan. Terima kasih.