Kemudahan

Bilik Mesyuarat

Di Kelab PPTD juga terdapat sebuah bilik mesyuarat yang berhawa dingin serta dilengkapi dengan kemudahan untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. Kapasiti bagi Bilik Mesyuarat adalah seramai 15 - 20 orang. Bagi memberi kemudahan kepada pelanggan Urusetia PPTD boleh menguruskan tempahan Makanan dan Minuman yang diperlukan.

bilikmesyuarat.jpg

 

 dewan3.jpgdewan4.jpg

Dewan

Dewan PPTD telah diubahsuai dan kini telah dibuka untuk tempahan. Dewan yang besar serta dilengkapi dengan penghawa dingin dapat memberi keselesaan kepada pelanggan. Kapasiti bagi dewan ini dapat memuatkan 100-150 orang bergantung kepada kedudukan meja. Di sini juga disediakan kemudahan meletak kereta bagi pelanggan.

Kelengkapan dan peralatan yang sedia ada di Rumah Kelab PPTD seperti Meja, Kerusi serta Sound Sistem. Selain daripada itu, Urusetia PPTD juga boleh menguruskan tempahan yang dikehendaki seperti:-

   1. Kelengkapan Multimedia Terkini
   2. Catering
   3. Cenderamata (bunga, piala dan lain-lain)

  Tempat ini memang sesuai bagi mengadakan perbincangan kerana kawasannya yang dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang menyejukkan pandangan serta mendamaikan dan jauh dari kesibukkan kota.

 

 

rumahkelab.jpg

Perkarangan Rumah Kelab PPTD

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat untuk mengadakan Majlis Perkahwinan, Majlis BBQ, Hari Keluarga dan sebagainya bolehlah menggunakan perkarangan Rumah Kelab PTD yang boleh memuatkan penyertaan seramai 400 hingga 550 orang.

Segala Kelengkapan dan peralatan yang diperlukan oleh pelanggan, Urusetia PPTD boleh menguruskannya. Contahnya seperti :-

   1. Canopy/ Khemah
   2. Meja/Kerusi
   3. Catering

Tempat ini memang sesuai bagi majlis perkahwinan, Majlis BBQ, Hari Keluarga kerana mempunyai kawasan yang luas serta jauh dari kesibukkan kota.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi Urusetia PPTD :-

YBhg. Dato’ Haji Mustapa bin Meon
Setiausaha Eksekutif
515, Persiaran Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2693033603-26984266      
Fax : 03-2691782

* Untuk ke Rumah Kelab PPTD sila rujuk peta yang disediakan di bawah *

Sila tekan di sini untuk peta lokasi


View Larger Map