Berita PPTD 8

KEMBALI KERAHMATULLAH
Tuesday, 05 October 2010

YBhg. Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Tuan,

Adalah dengan ini di maklumkan YBhg. Dato’ Dr. Ramli bin Haji Hasan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini di alamat No.3, Jalan Batu Muda 27, Taman Batu Muda, Batu Caves. Jenazah akan di kebumikan sebelum solat zohor. Ini adalah maklumat yang pihak urusetia dimaklumkan.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPTD 2010
Tuesday, 24 August 2010

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa PPTD akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPTD 2010yang di jadualkan pada Selasa, 21 September 2010 (12 Syawal 1431H), jam 8.00 malam bertempat di Perkarangan Rumah Kelab PPTD, 515, Persiaran Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur. Semua ahli dijemput hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Urusetia PPTD, 03-26930336/ 03-26984266.

 

TENTATIF PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH PPTD 2010
Wednesday, 11 August 2010

Adalah dengan ini dimaklumkan tentatif Program bagi Majlis Berbuka Puasa PPTD 2010 adalah seperti berikut:

5.00 petang    :    - Nasyid
                            - Tilawah Al-Quran

6.30 petang    :    Tazkirah Ramadhan

                            Ketibaan Tetamu Kehormat
                            - Y.Bhg. Dato' Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
                             ( Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam )
                            - Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan & Puan Sri
                            ( Ketua Setiausaha Negara )

                             Majlis Berbuka Puasa

                             Solat Maghrib Berjemaah

                             Jamuan Makan

                             Solat Isyak & Tarawikh Berjemaah (Tarawikh 8 Rakaat)

                             Moreh

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urusetia PPTD di talian 03-26930336/0326984266. Sekian, terima kasih.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH PPTD 2010/1431H
Monday, 02 August 2010

Adalah dengan ini dimaklumkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh PPTD 2010/1431H akan di adakan pada 19 Ogos 2010, bersamaan 9 Ramadhan 1431Hijrah, jam 6.30 petang, bertempat di Surau Intan, Institut Tadbiran Awam Negara, Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Semua ahli dijemput hadir. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia PPTD di talian, 03-26930336/ 03-26984266.

 

PERTANDIGAN MENEMBAK PTD MUDA 2010
Thursday, 15 July 2010

Adalah dengan ini di maklumkan bahawa Jawatankuasa PTD Muda akan menganjurkan Pertandingan Menembak PTD Muda 2010 pada 31 Julai 2010 (Sabtu), jam 8.30 pagi - 5.00 petang bertempat di Lapang Sasar TUDM, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Semua Pegawai PTD di jemput untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Maxwell Francis (H/P: 019-8490483) atau Cik Alyunizah bte Alim (H/P: 019-8086640/88866727). Tarikh tutup pernyertaan pada 23 Julai 2010.