Aktiviti Lepas

19 FEBRUARI 2016

LAPORAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PPTD CAWANGAN SARAWAK


Biro Sukan PPTD Cawangan Sarawak telah mengadakan beberapa siri perlawanan bola sepak persahabatan sepanjang tahun 2016. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli PPTD Cawangan Sarawak di samping untuk membina dan mengekalkan minda serta fizikal yang cergas.

13 APRIL 2016

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA PRESIDEN PPTDSL BERSAMA AHLI PPTDSL


PPTDSL dalam usaha untuk mendekati PPTD Muda, telah melaksanakan Program Bual Bicara Bersama Presiden PPTDSL, YBhg Datuk Borhan Dolah. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan ilmu bersama ahli PPTDSL terutamanya PPTD Muda dalam menempuh dugaan dan cabaran kerja masa kini. Sejumlah 50 orang ahli telah hadir menyertai program ini dan rata-rata berpuasa hati dengan hasil daripada sesi tersebut.

19 MEI 2016

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA PPTD ZON UTARA DAN MAKSAK PERAK SEMPENA PROGRAM PEMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI DAERAH KERIAN


PPTD Cawangan Zon Utara dengan kerjasama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan MAKSAK Perak telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat (CSR) bersempena dengan penganjuran program turun padang oleh YAB Menteri Besar Perak ke daerah-daerah di Negeri Perak iaitu Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak ke Daerah Kerian. Program ini telah diadakan pada 19 Mei 2016 (Khamis), di Surau Parit Haji Awi dan Surau Kg. Tengah Sungai Labu, Mukim Bagan Tiang. Program ini telah melibatkan seramai 60 orang peserta dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan 30 orang daripada penduduk setempat.

21-22 MEI 2016

KARNIVAL BOLA TAMPAR PPTD 2016


Karnival Bola Tampar PPTD 2016 telah dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Institut Penilaian, Kajang, Selangor pada 21 dan 22 Mei 2016. Sebanyak 10 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita telah bertanding dengan penyertaan hampir 200 orang PTD.Pasukan The Veterans telah menjuarai kategori lelaki manakala pasukan VB Vogue Ladies pula menjuarai kategori wanita.

30 MEI 2016

PPTD EXECUTIVE TALK 2016


Program PPTD Executive Talk 2016 Siri 3 anjuran PPTD Muda ini telah diadakan pada 30 Mei 2016 dan Razak School of Government telah digunakan sebagai venue taklimat. Program ini telah menjemput YB Senator Tan Sri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Yayasan Minda sebagai penceramah dengan tajuk Dari Bangi Ke Harvard: Transformasi Pendidikan Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

2 JUN 2016

AKTIVITI SUKAN BOLASEPAK PASUKAN KPTDNS/PPTD SELATAN


Biro Sukan dan Rekreasi KPTDNS/ PPTD Selatan telah menubuhkan Pasukan Bolasepak KPTDNS/PPTD Selatan dimana sehingga ke hari ini sebanyak 3 perlawanan persahabatan telah diadakan dengan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan. Melalui perlawanan persahabatan ini dapat memupuk semangat ukhuwwah dan “esprit de corps” sesame ahli-ahli dan juga mengeratkan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain.

20 JUN 2016

PROGRAM SELUHUR KASIH RAMADHAN


Program ini diadakan untuk pegawai-pegawai PTD Muda agar dapat bergiat cergas sebagai sukarelawan bagi menyampaikan sumbangan kepada kumpulan sasaran pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Melalui program ini, sukarelawan akan dapat merakyatkan perkhidmatan awam dengan aktiviti turun padang dan menyampaikan sendiri sumbangan bubur lambuk kepada kumpulan sasaran. Antara kumpulan sasaran yang bakal menerima faedah bagi program ini adalah penjawat awam dan swasta serta penduduk sekitar Putrajaya.

24 JUN 2016

PROGRAM IFTAR BERSAMA ANAK YATIM DENGAN KERJASAMA INTAN, SABAH


PPTDSL turut mengadakan majlis iftar dan program sumbangan kepada anak – anak yatim bersempena dengan bulan Ramadhan. Pada kali ini, sejumlah 40 orang anak – anak SK Lapasan, Tuaran telah terpilih sebagai penerima program ini. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu anak – anak ini dalam mengimarahkan bulan puasa serta dapat membantu membeli keperluan untuk Aid Al Fitri.

24 JUN 2016

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF BERSAMA MUFTI NEGERI SABAH DENGAN KERJASAMA INTAN, SABAH BERSEMPENA BULAN RAMADHAN


Bersempena dengan bulan Ramdhan 1437 Hijrah, PPTDSL dengan kerjasama INTAN Sabah telah bekerjasama untuk mengadakan program ceramah agama bertajuk Andai Ini Ramadhan Terakhir bertempat di Dewan Mengkabong, INTAN Sabah. Ceramah bagi program ini telah disampaikan oleh Ybhg Sahibus Samahah Datuk Bongsu Aziz Jaafar, Mufti Negeri Sabah. Program ini telah dihadiri oleh sejumlah 200 orang penjawat awam negeri dan persekutuan.

24-27 JUN 2016

JELAJAH CSR PPTD NEGERI TERENGGANU 2016


Program ini diadakan untuk pegawai-pegawai PTD Muda agar dapat berkolaborasi bersama Rakan-Rakan Strategik Jelajah CSR PPTD untuk bergiat sebagai sukarelawan bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada kumpulan sasaran pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selain beramal, sukarelawan juga dapat meluaskan pandangan dan pengalaman dengan mengembara ke desa-desa terpencil di pedalaman Negeri Terengganu Darul Iman sambil melakukan aktiviti CSR yang bersifat kemasyarakatan.

25 JUN 2016

SESI PERKONGSIAN ILMU, BIL. 1 /2016 PENYEDIAAN KERTAS PROPOSAL UNTUK MASTERS/ PHD


Jawatankuasa Pendidikan, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPA) telah menganjurkan SESI PERKONGSIAN ILMU BILANGAN 1 TAHUN 2016: PENYEDIAAN KERTAS PROPOSAL UNTUK MASTERS/ PHD pada 19 Jun 2016. Kursus ini telah diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi dan telah melibatkan seramai 97 orang peserta dalam kalangan PTD dan juga beberapa penjawat awam daripada skim lain. Kursus ini telah mendapat kerjasama dari JPA dan juga Universiti Malaya.

25 JUN 2016

“SIRI SELF IMPROVEMENT : WRITING EMAILS”


Jawatankuasa Pendidikan, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Malaysia dengan kerjasama SOLS 24/7 Malaysia telah menganjurkan “Siri Self Improvement: Writing Emails” pada 25 Jun 2016. Kursus ini telah diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi dan telah melibatkan seramai 17 orang peserta dari kalangan PTD dan skim perkhidmatan yang lain. Tiga (3) orang penceramah yang terlibat daripada SOLS 24/7 Malaysia ialah Ms Kimberly Browning (USA); Ms Ekta Gupta (UK); dan Ms Anna Matelska (Poland). Kesemua peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dan diberikan sijil penyertaan kursus oleh pihak SOLS 24/7 Malaysia.

25 JUN 2016

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK DAN HAMPER OLEH PPTD CAWANGAN SARAWAK DI HOSPITAL UMUM SARAWAK


YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menyampaikan sebanyak 500 bubur lambuk Ihya Ramadhan anjuran PPTD Sarawak di Urban Transformation Centre (UTC) dan telah melakukan ‘walk-about’ serta beramah mesra bersama penjawat awam dan orang awam yang berkunjung di situ. Seramai 38 orang PTD Cawangan Sarawak telah terlibat dalam aktiviti ini. Acara memasak bubur lambuk telah diadakan pada sebelah pagi di Masjid Ittihad. Antara yang terlibat dalam program ini ialah Datuk Haji Md Yahaya Bin Basimin, Presiden PPTD Cawangan Sarawak dan Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

27 JUN 2016

MAJLIS IFTAR RAMADHAN


Pada Ramadhan tahun ini, sambutan Majlis Iftar dan Ukhuwah PPTD 2016 telah diadakan pada 27 Jun 2016 (Isnin) bertempat di Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan. Majlis ini bermula seawal jam 6.30 petang telah diserikan dengan kehadiran YBhg.Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

29 JUN 2016

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN DENGAN KERJASAMA PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH DI KG SERUSOP, TUARAN


Program ini merupakan program ziarah YBhg Datuk Borhan Dolah ke rumah-rumah warga emas di sekitar Kg Serusop, Tuaran bagi menyampaikan sumbangan PPTDSL. Selain daripada itu, program penyerahan bubur lambuk serta majlis iftar telah diadakan bersekali dengan program ini. Beberapa agensi kerajaan telah turut sama terlibat dalam program ini seperti Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, INTAN Sabah, KPDNKK dan Pejabat Daerah Tuaran.

1 JULAI 2016

PROGRAM IHYA RAMADHAN, CERAMAH MOTIVASI DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB DATO SERI HAJI MAT ALI BIN HASSAN (PENGERUSI PPTD SELATAN DAN KPTDNS)


Biro Agama KPTDNS telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan iaitu program Ceramah Motivasi khusus untuk pegawai-pegawai PTD di Negeri Sembilan dan Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dato Seri Haji Mat Ali bin Hassan (Pengerusi KPTDNS dan PPTD Selatan) serta solat Isyak dan Terawih berjemaah pada 1 Julai 2016 di D’Tempat Country Club Sendayan, Seremban.

25 JULAI 2016

MENYERTAI MAJLIS SEMARAK AIDILFITRI PPTD MALAYSIA 2016 DENGAN PEMBUKAAN GERAI PPTD SELATAN


PPTD Selatan telah dijemput untuk membuka gerai khas untuk Majlis Semarak Aidilfitri anjuran PPTD Malaysia pada 25 Julai 2016 (bersamaan 20 Syawal 1437H). YB Dato Seri Haji Mat Ali bin Hassan Pengerusi PPTD Selatan turut hadir memeriahkan Majlis. Menu yang dihidangkan oleh PPTD Selatan adalah Rendang Daging, Lemang, Mee Bandung Muar, Puyuh Goreng dan Ikan Keli Goreng. Selain itu, PPTD Selatan turut juga menyajikan kepada pengunjung Majlis menu istimewa “Rendang Maman” yang merupakan masakan tradisional yang popular di Negeri Sembilan.

25 JULAI 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2016


PPTD Cawangan Zon Utara telah turut serta mengambil bahagian dalam penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2016 yang dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia.Program ini diadakan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H pada tahun 2016 kepada semua warga PPTD di seluruh Malaysia.Majlis ini telah dilaksanakan pada 25 Julai 2016 (Isnin) bersamaan 20 Syawal 1437H di Dewan D, MAEPS Serdang, Selangor.

29 JULAI 2016

MAJLIS RAMAH AIDILFITRI KOMPLEKS PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK


Pada 29 Julai 2016, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, di Kompleks Persekutuan Negeri Sarawak. Majlis ini adalah hasil koloborasi bersama jabatan/agensi Persekutuan di Negeri Sarawak. Selain meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, penganjuran majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penjawat awam Kerajaan Persekutuan di negeri Sarawak dan juga hubungan diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri pada amnya.

30 JULAI 2016

GOLF PERSAHABATAN PPTDSL BERSAMA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DAN KETUA JABATAN PERSEKUTUAN DI SABAH


PPTDSL telah mengadakan Golf Persahabatan PPTDSL bersama Ketua – Ketua Jabatan Negeri serta Ketua – Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah. YB Tan Sri Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah turut sama menyertai program ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara penjawat awam negeri dan persekutuan. Seramai 14 orang ketua jabatan negeri dan persekutuan telah turut sama dalam program ini.

30 JULAI 2016

JAMUAN RAYA KELAB PTD NEGERI SEMBILAN/ PPTD SELATAN DI RUMAH KEDIAMAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


PPTD Selatan/Kelab PTD Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Jamuan Raya Rumah Terbuka Negeri Semblan pada 30 Julai 2016 dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan PUSPANITA Negeri Sembilan. Majlis dihadiri lebih kurang 2,000 pengunjung dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YTM Dato Undang Rembau serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Majlis bertempat di Kediaman Rasmi Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Jalan Keliling, Seremban bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Semua barisan jawatankuasa PPTD Selatan dan KPTDNS terlibat sebagai urusetia Majlis ini.

18 OGOS 2016

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA PPTD ZON UTARA DAN MAKSAK PERAK SEMPENA PROGRAM PEMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA TAHUN 2016


PPTD Cawangan Zon Utara dengan kerjasama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan MAKSAK Perak telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat (CSR) bersempena dengan penganjuran program turun padang oleh YAB Menteri Besar Perak ke daerah-daerah di Negeri Perak iaitu Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak ke Daerah Larut, Matang dan Selama. Program ini telah diadakan pada 18 Ogos 2016 (Khamis) di Surau Kampung Gua Petai dan Surau Kampung Tebing Tinggi, Mukim Ulu Selama. Program ini telah melibatkan seramai 60 orang peserta dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan 30 orang daripada penduduk setempat.

21 OGOS 2016

PPTD ACTIVE SUNDAY: BADMINTON & BOWLING CARNIVAL 2016


PPTD Active Sunday: Badminton & Bowling Carnival 2016 merupakan antara usaha penjenamaan yang dilaksanakan dalam memeriahkan lagi semangat sukan dikalangan PTD. Kedua-dua kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Ogos 2016 (Ahad) di Pioneer Badminton Centre dan Megalanes, Endah Parade, Seri Petaling, Kuala Lumpur. Kejohanan badminton disertai oleh seramai 90 orang pemain dan format pertandingan adalah acara berpasukan manakala kejohanan bowling disertai oleh seramai 71 orang pemain yang terdiri daripada lelaki 50 orang dan wanita seramai 21 orang.

22 OGOS 2016

PROGRAM NBOS COMMUNITY CARE PTD MUDA 2016


Jawatankuasa PTD Muda di bawah Persatuan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) telah berjaya menghimpunkan hampir kesemua pegawai PTD yang bertugas di Kelantan untuk sama-sama turun padang menjayakan program Community Care PPTD di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur, Kelantan pada 22 Ogos 2016.Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti gotong-royong, pembinaan 2 buah wakaf dan program keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak pra sekolah.

26 OGOS 2016

PROGRAM PEMERKASAAN PTD WANITA SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA KEBANGSAAN 2016


Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016, Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita telah merancang untuk melaksanakan satu program yang berkonsepkan ‘from women to women’ iaitu Program Pemerkasaan PTD Wanita Sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 pada 26 Ogos 2016 (Jumaat) bertempat di Bilik Taklimat, Blok Sementara, Parlimen Malaysia.Dua orang ikon yang menjadi penceramah jemputan ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia derta Puan Rita Dato’ Sosilawati, Pengarah Urusan Nouvelles Visages.

27 OGOS 2016

SEMINAR READY FOR EXAMS! : PELAJAR DAN IBU BAPA


Jawatankuasa Pendidikan, PPTD bersama rakan strategik SNB Kasih Training and Consultancy telah berjaya menganjurkan Seminar Ready for Exams pada 27 Ogos 2016 di Auditorium Parcel E, Komplekas Kerajaan Putrajaya. Program ini dihadiri seramai lebih kurang 400 orang peserta terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Penganjuran seminar ini merupakan inisiatif melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk membantu ibu bapa di kalangan PTD dan anak-anak mereka dalam membuat persiapan rohani bagi menghadapi beberapa siri peperiksaan akhir tahun yang bakal berlangsung. Seminar ini menampilkan pasangan penceramah motivasi terkenal dari SNB Kasih Training and Consultancy iaitu Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Bt Mahamood dan Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid. Pencetus Ummah Sufian bin Isa juga terlibat sebagai moderator pada sesi seminar tersebut.

27 OGOS 2016

KEJOHANAN GOLF PPTD 2016


Kejohanan Golf PPTD 2016 telah diadakan pada 27 Ogos 2016 di Amverton Cove Golf & Country Club. Kejohanan golf ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 124 peserta.

1 OKTOBER 2016

KEJOHANAN BOLA JARING PPTD 2016 (POW-A-NET 2.0)


Kejohanan Bola Jaring PPTD 2016 atau lebih dikenali dengan nama Pow-A-Net 2.0 telah berlangsung di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi pada 1 Oktober 2016. Kejohanan ini telah menyaksikan penyertaan lebih 130 orang peserta yang terdiri daripada 5 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita bersaing bagi merebut kejuaraan.

5 NOVEMBER 2016

KURSUS TULIS TESIS CEPAT BERSAMA DR OTHMAN TALIB


Kursus Tulis Tesis Cepat Bersama Dr Othman Talib ini diadakan pada 5 November 2016 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 8, Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan yang juga merangkap Timbalan Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Seramai 71 orang peserta yang terdiri dari pegawai PTD melibatkan diri di dalam program ini. Konsep bengkel yang berbentuk classroom secara hands-on dalam penggunaan Reference Manager seperti Mendeley dan penggunaan penuh aplikasi Microsoft Word ini juga turut mendedahkan para peserta terhadap asas-asas berkaitan penulisan tesis seperti mengenalpasti tajuk kajian dan sebagainya.

14 NOVEMBER 2016

BICARA EKSEKUTIF (EXECUTIVE TALK) MINDA KEUSAHAWANAN BERSAMA TAN SRI TONY FERNANDES CEO AIR ASIA GROUP


Biro Profesional KPTDNS dan PPTD Selatan telah menganjurkan Program Bicara Eksekutif Minda Keusahawanan Bersama Tan Sri Tony Fernandes, CEO Air Asia Berhad pada 14 November 2016 bertempat di Grand Klana Ballroom, Hotel Klana Resort Seremban dengan kerjasama Unit Lathan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Program selama 3 jam ini turut dihadiri oleh YB Dato Seri Haji Mat Ali bin Hassan, barisan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan lebih 400 pegawai pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan melibatkan semua skim perkhidmatan. Dalam sesi ini, pelbagai ilmu dan kemahiran telah dikongsi bersama oleh Tan Sri Tony Fernandes bagi mewujudkan organisasi yang berjaya di peringkat dunia.

14 NOVEMBER 2016

MAJLIS PENGHARGAAN AHLI JAWATANKUASA KPTDNS/PPTD SELATAN YANG DINAIKKAN PANGKAT DAN BERTUKAR TEMPAT KERJA


Pada 14 November 2016, satu Majlis “Hi Tea” telah diadakan bagi meraikan kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai yang merupakan ahli KPTDNS/PPTD Selatan ke gred jawatan yang lebih tinggi dan bertukar tempat kerja keluar dari Negeri Sembilan. Majlis dirasmikan oleh Puan Salinah binti Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan). Ahli yang diraikan adalah En. Azmeer bin Hamidun (Penolong Setiausaha KPTDNS/PPTD Selatan) yang dinaikkan pangkat dari Gred M48 ke Gred M52 dan bertukar ke UPEN Melaka dan En. Hasnol Hisham (Timbalan Pengerusi Biro Sukan KPTDNS/PPTD Selatan) yang dinaikkan pangkat dari Gred M44 ke M48 dan bertukar ke Pejabat Tanah dan Daerah Sepang, Selangor.

10 DISEMER 2016

MAJLIS APRESIASI BUDI DAN JASAMU DIKENANG


Seramai 60 orang ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Sarawak telah hadir ke Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang. Program yang diadakan di Damai Golf and Country Club Kuching ini terdiri daripada dua (2) sesi iaitu perlawanan golf persahabatan pada sebelah pagi dan pada sebelah malam telah diadakan majlis apresiasi dan jasamu dikenang.

17 DISEMBER 2016

PROGRAM LESEN B-FULL PPTD BERKELOMPOK 2016


Jawatankuasa Kecil PTD Muda telah menjalankan Program Lesen B-Full PPTD Secara Berkelompok bertempat di Akademi Memandu PS Samy, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 17 dan 18 Disember 2016 yang lalu.Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyediakan ruang dan peluang kepada seluruh ahli PPTD yang berminat untuk memperolehi Lesen Motosikal Kelas B dengan kadar harga yang jauh lebih murah daripada kadar harga biasa.

17-18 DISEMBER 2016

MAJLIS IBADAH KORBAN ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA PPTD ZON UTARA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA


Majlis Ibadah Korban Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama PPTD Zon Utara ini diadakan sempena sambutan Aidiladha 1437H untuk warga Penjawat Awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pelaksanaan majlis ini adalah bertujuan untuk melaksanakan ibadah yang diseru oleh agama Islam selain mendapat keberkatan dan seterusnya mengeratkan silaturrahim antara sesama umat. Majlis ini telah diadakan pada 14 September 2016 (Rabu), jam 8.00 pagi di Perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

10 FEBRUARI 2017

MAJLIS BACAAN YASSIN, DOA SELAMAT KESYUKURAN DAN SOLAT HAJAT BERSAMA YB PENGERUSI PPTD SELATAN/ KPTDNS


Biro Agama dan Kerohanian KPTDNS/PPTD Selatan telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat Kesyukuran dan Solat Hajat bagi mendoakan kesihatan ahli-ahli KPTDNS/PPTD Selatan bersama dengan YB Dato Seri Haji Mat Ali bin Hassan, Pengerusi KPTDNS/PPTD Selatan di Masjid Negeri, Seremban pada 10 Februari 2017. Majlis juga turut mendoakan kesihatan anak kepada Encik Amino Agus (Pegawai Daerah Rembau) yang anaknya mengalami sakit jantung berlubang dan Encik Zaidi bin Johari (Pegawai Daerah Seremban) yang ibunya sakit tua dan adiknya mengalami kanser. Ahli-ahli juga turut mendoakan kesihatan dan menzahirkan kesyukuran terhadap semua ahli-ahli KPTDNS/PPTD Selatan. Pengerusi juga menghulurkan sumbangan derma kepada ahli-ahli yang terlibat.

4 MAC 2017

PROGRAM JOM MENEMBAK MARKSMAN PPTD 2017


Program Jom Menembak Marksman PPTD 2017 anjuran PPTD Malaysia bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor & Jabatan Penjara Malaysia, Kajang telah berjaya menarik penyertaan seramai 70 orang peserta dari kalangan ahli PPTD Malaysia. Program yang julung-julung kali dianjurnya dengan melibatkan kerjasama Agensi Kerajaan dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Imigresen Negeri Selangor, Maktab Penjara Malaysia Kajang, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APAM) bertujuan membina jaringan dan ukhwah serta merapatkan hubungan diantara ahli persatuan dengan pegawai dari Agensi Kerajaan lain ini juga telah dihadiri YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) merangkap Presiden PPTD, YBhg. Dato’ Sri Alwi bin Hji Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, TKSU (P), KKLW merangkap Exco Biro Kebajikan PPTD, Tuan Haji Dr. Khalid Abdul Hamid, Bendahari PPTD, Encik Nazli bin Md. Taib, Exco PPTD Muda dan Encik Rudy Eruwan bin Jamain, Exco Pendidikan PPTD serta Encik Zulkifli bin Abidin, Ketua Pengarah RELA.

1 APRIL 2017

BENGKEL SPEAK CONFIDENTLY WITH THE TOASTMASTERS


Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Malaysia telah menganjurkan BENGKEL SPEAK CONFIDENTLY WITH THE TOASTMASTERS pada 1 April 2017 sehingga 2 April 2017. Kursus ini telah diadakan di Bilik Kuliah, Aras 16, Kementerian Pendidikan Tinggi dan telah melibatkan seramai 12 orang peserta dalam kalangan PTD. Kursus ini telah mendapat kerjasama dari MIMPJ Toastmasters Club, Petaling Jaya. Ahli-ahli Toastmasters yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah Puan Nurhayati Hassan, Encik Arthur Lai, Puan Gina Lim, Encik V. Kaarthigayan, Puan Judy Lee dan Puan Lim Gim Kim.

15 APRIL 2017

KEJOHANAN RAGBI PPTD 10’S 4 PENJURU


Kelab Ragbi PPTD atau lebih dikenali dengan nama PPTD Patriots dibentuk pada penghujung tahun 2016 atas inisiatif serta usaha PTD yang cintakan sukan ragbi. Usaha keras serta semangat kelab ini dijelmakan melalui sesi-sesi latihan diikuti penganjuran Kejohanan Ragbi PPTD 10’s melibatkan 4 pasukan yang telah berlansung dengan jayanya di Padang Ragbi Alamanda, Putrajaya.

28 APRIL 2017

KEJOHANAN SUKAN EMPAT PENJURU EDISI KE-9 (SUKEP KE-9)


SUKEP Tahun 2017 ini merupakan edisi yang ke-9 dengan penyertaan empat perkhidmatan iaitu PPTD, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat. PPTD telah diberi tanggungjawab selaku hos bagi SUKEP 2017 melibatkan penyertaan seramai 420 orang dalam 6 jenis sukan iaitu bolasepak, badminton, tenpin bowling, golf, bola tampar dan bola jaring. Objektif SUKEP adalah bagi mengeratkan lagi persahabatan dan jalinan perhubungan (networking) antara kesemua perkhidmatan yang terlibat. SUKEP Ke-9 Tahun 2017 telah berlangsung dari 28 April 2017 sehingga 8 Mei 2017 di beberapa venue sekitar Lembah Kelang.

5 MEI 2017

PROGRAM TRANSFORMASI PTD WANITA ‘KEBANGKITAN WANITA DALAM GAGASAN TN50’


Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita telah menjalankan Program Transformasi PTD Wanita ‘Kebangkitan Wanita Dalam Gagasan TN50’ yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 5 Mei 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Bilik Taklimat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.Tokoh yang menjadi jemputan didalam program ini ialah YBhg Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi dan YBhg Datin Farah Haryani Mohamad Philip, Pengarah Pemasaran ARIANI. Program ini telah disertai oleh 150 orang PTD Wanita serta pegawai dan kakitangan wanita daripada kementerian dan agensi yang sama-sama berminat menyertainya.

19 MEI 2017

PROGRAM PROGRAM FIT PTD WANITA 2017


Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita telah menganjurkan Program Fit PTD Wanita yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 19 Mei 2017 bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di Gimnasium 1 Malaysia, Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan. Program ini dikendalikan oleh seorang instructor yang sangat berpengalaman iaitu Puan Lynda Al-Qudree manakala majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Program ini telah disertai oleh 170 orang PTD Wanita seluruh Malaysia khususnya dari Putrajaya, Selangor dan WP Kuala Lumpur.

20 MEI 2017

LAWATAN IKON NEGERI PERLIS (HARUMANIS)


Seramai 60 orang pegawai PTD pelbagai gred dan Kementerian/Jabatan daripada Putrajaya dan Zon Utara telah terlibat secara langsung dan hadir pada program tersebut. Program telah berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 Mei 2017 (Sabtu-Ahad) bertempat di Kebun Harumanis Bukit Merah, Berseri, Perlis. Lawatan ini juga telah melibatkan ahli-ahli Komuniti PTD Bikers seramai 20 orang, yang telah menunggang motosikal daripada Putrajaya ke Perlis dan kembali semula ke Putrajaya. Konvoi ini telah mendapat bantuan pengiring daripada JPJ Negeri Kedah sepanjang program berlangsung di Utara.

23 MEI 2017

HARI TERBUKA PPTD TOASTMASTERS CLUB OF PUTRAJAYA


Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Malaysia dengan kerjasama MIMPJ Toastmasters Club, Petaling Jaya telah menganjurkan HARI TERBUKA PPTD TOASTMASTERS CLUB OF PUTRAJAYA pada 23 Mei 2017 (Selasa). Kursus ini telah diadakan di Dewan Jamuan, Aras 1, Kementerian Pendidikan Tinggi dan telah melibatkan seramai 53 orang peserta dalam kalangan PTD. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Bin Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU. Toastmasters dari MIMPJ Toastmasters iaitu Puan Nurhayati Hassan, Puan Lim Gim Kim dan Puan Gina Lim memberikan penerangan lanjut tentang Toastmasters International serta kelebihan menjadi ahli Toastmasters.

21 JULAI 2017

PELAKSANAAN SESI WACANA ILMU “GEORGIA AND E-GOVERNANCE: THE JOURNEY IN THE DIGITAL AGE”


Jawatankuasa Kecil Profesionalisme dan Korporat PPTD dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Sesi Wacana Ilmu oleh Mr. Irakli Gvenetadze, Chairman of LEPL Data Exchange Agency of Ministry of Justice of Georgia bertajuk “Georgia and e-Governance: The Journey In The Digital Age” yang telah diadakan pada 21 Julai 2017 (Jumaat), bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

17 OGOS 2017

PERTEMUAN MENTOR-MENTOR PPTD TOASTMASTERS CLUB OF PUTRAJAYA & MESYUARAT PERTAMA PPTD TOASTMASTERS CLUB OF PUTRAJAYA


MESYUARAT PERTAMA PPTD TOASTMASTERS CLUB OF PUTRAJAYA telah diadakan pada 17 Ogos 2017. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Kuliah, Aras 16, Kementerian Pendidikan Tinggi dan telah melibatkan seramai 30 orang peserta dalam kalangan PTD dan juga beberapa ahli Toastmasters daripada pelbagai kelab lain seperti Heriot-Watt TMC, Cyberjaya Community TMC dan Shah Alam TMC. Mesyuarat ini bertujuan untuk memaktubkan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa Exco bagi PPTD Toastmasters Club of Putrajaya sesi 2017/2018. Bagi tujuan ini, Puan Ching Lee Hwa, Pengarah Sektor J, Daerah 51 dan dibantu oleh Puan Jacylyn Wee, Timbalan Pengarah (Club Growth) Sektor J serta Puan Zarina Abu Bakar, Mentor kepada PPTD Toastmasters Club of Putrajaya.

25 OGOS 2017

PROGRAM PATRIOTIK PTD WANITA 2017 ‘NEGARAKU SEHATI SEJIWA’


Program Patriotik PTD Wanita 2017 “Negaraku Sehati Sejiwa” telah dianjurkan pada 25 Ogos 2017 untuk memupuk dan mempamerkan semangat kecintaan kepada negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke 60 pada 31 Ogos 2017. Program ini dikendalikan oleh seorang instructor yang sangat berpengalaman iaitu Puan Lynda Al-Qudree, aerobics master trainer, manakala majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

24-26 NOVEMBER 2017

KURSUS SELAM SCUBA SIRI 1 DAN PROGRAM PEMULIHARAAN KARANG BERSAMA JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA


Kursus Selam Skuba Siri 1 dan Program Pemuliharaan Karang bersama Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di Taman Laut Pulau Payar, Kedah ini adalah cetusan daripada Sambutan Hari Laut Sedunia 2017.Program ini juga bertujuan memupuk kesedaran bahawa sumber perikanan dari laut telah mengalami penyusutan.Program ini telah disertai oleh seramai 15 orang pegawai PTD muda termasuk 5 orang urusetia. Turut bersama di dalam program ini, seramai 20 orang pegawai/petugas/pengajar dari JTLM. Pegawai-pegawai yang hadir ini merupakan tenaga pengajar yang dilesenkan di bawah Scuba School International (SSI) dan juga pegawai JTLM yang akan menjalani kursus SSI Open Water Course yang merupakan salah satu bidang tugas mereka.

20 APRIL 2018

PROGRAM APRESIASI PTD WANITA SEMPENA TAHUN MEMPERKASAKAN WANITA 2018


Kursus Selam Skuba Siri 1 dan Program Pemuliharaan Karang bersama Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di Taman Laut Pulau Payar, Kedah ini adalah cetusan daripada Sambutan Hari Laut Sedunia 2017.Program ini juga bertujuan memupuk kesedaran bahawa sumber perikanan dari laut telah mengalami penyusutan.Program ini telah disertai oleh seramai 15 orang pegawai PTD muda termasuk 5 orang urusetia. Turut bersama di dalam program ini, seramai 20 orang pegawai/petugas/pengajar dari JTLM. Pegawai-pegawai yang hadir ini merupakan tenaga pengajar yang dilesenkan di bawah Scuba School International (SSI) dan juga pegawai JTLM yang akan menjalani kursus SSI Open Water Course yang merupakan salah satu bidang tugas mereka.