Ringkasan Sejarah

1826

Pengambil Alih Pentadbiran

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura diambil alih pentadbirannya dari East India Company dan dijadikan Crown Colony di bawah pemerintahan Kerajaan Inggeris. Para pentadbirnya terdiri daripada anggota Eastern Cadetship Service.

1865

Penubuhan Straits Settlement Civil Service

Atas perakuan Jawatankuasa Robinson, Straits Settlements Civil Service ditubuhkan. Pegawai-pegawai diambil dari Britain dan dilantik oleh Colonial Office ke jawatan Straits Cadetship dengan gaji 200 setahun. Frank Swettenham yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam perkhidmatan awam Tanah Melayu adalah antara pegawai-pegawai muda yang dilantik ke jawatan ini dalam tahun 1871.

1874

Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 25 Januari. Dengan perjanjian ini, negeri Perak jatuh ke tangan pemerintahan Inggeris yang menubuhkan sistem pemerintahan Residen yang dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat dengan persetujuan Colonial Secretary di London.

1875

Perlantikan Jawatan

Selangor menerima pentadbiran secara Residen dan Frank Swettenham dilantik menjadi Penasihat kepada Sultan Abdul Samad di Kuala Langat. Kemudian, J.G. Davidson dilantik menjadi Residen bagi Negeri Selangor berpusat di Klang dan Swettenham menjadi Penolong Residen.

1876

Penubuhan Sistem Residen Di Negeri Sembilan

Pegawai Inggeris ditempatkan di Sungai Ujong bagi menjalankan tugas-tugas Residen. Sistem Residen ditubuhkan apabila kerajaan Negeri Sembilan diwujudkan dalam tahun 1889.

1888

Penubuhan Sistem Residen Di Negeri Pahang

Sistem pentadbiran Residen ditubuhkan di Negeri Pahang.

1896

Penubuhan Federated Malay States

Penubuhan Federated Malay States (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) yang mengandungi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem pentadbiran secara Persekutuan dilaksanakan dengan menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan awam negeri-negeri itu dan Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) ke dalam satu perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service.

1904

Penubuhan Malayan Civil Service (MCS)

Malayan Civil Service (MCS) diwujudkan khas untuk pegawai British.

1909

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang selama ini dianggap oleh Kerajaan Inggeris sebagai ‘Siamese Malay States’ diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Non-Federated Malay States.

1910

Penubuhan Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai Melayu

Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai Melayu ditubuhkan. Keanggotaannya dipilih daripada mereka yang diasuh dan dilatih di Kolej Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan terutamanya bagi maksud ini dalam tahun 1905.

1921

Pembukaan Malayan Civil Service (MCS)

Malayan Civil Service (Perkhidmatan Tadbir Malaya) dibuka kepada pegawai-pegawai Melayu.

1938

Perkhidmatan Tadbir Melayu

Perkhidmatan ini menjadi Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service)

1950

Malayan Civil Service Association

Malayan Civil Service Association didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

1956

Perkhidmatan Luar Negeri

Perkhidmatan Luar Negeri atau External Affairs Service (EAS) ditubuhkan.

1966

Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia

Pemansuhan Perkhidmatan Tadbir Malaya (Malayan Civil Service) dan Perkhidmatan Luar Negeri dan digantikan dengan Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia (PDLN) atau Malaysian Home and Foreign Service.

1971

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

Pertukaran nama kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Admninistrative and Diplomatic Service (ADS).