Aktiviti

LAWATAN YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI BIN ZAINAL, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KE NEGERI PERAK

Lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal dan rombongan berlangsung pada 17hb. Hingga 18hb. Januari 2014. Majlis Ramah Mesra YBhg. Tan Sri KPPA bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perak telah diadakan di Hotel Casuarina Meru, Ipoh pada malam 17hb. Januari 2014. Pertandingan Golf Persahabatan di antara Pasukan Pilihan KPPA dan Pasukan Pilihan SUK Perak telah diadakan pada 18hb Januari 2014.

PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI BEUFORT SABAH 18 FEBRUARI 2014

Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Cawangan Sabah dan Labuan telah mengadakan program bantuan sumbangan kepada mangsa banjir di Beaufort, Sabah. Program telah diketuai oleh Setiausaha PPTD Cawangan Sabah dan Labuan dan majlis penyampaian bantuan telah diadakan di Dewan Besar, Pejabat Daerah Beaufort pada 18 Februari 2014 (Selasa).

PROGRAM SEMBANG SANTAI PPTD 1 APRIL 2014

Program Sembang Santai PPTD yang dianjurkan bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) telah diadakan pada 1 April 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK). Tetamu jemputan program ini adalah YB Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan. Program turut diserikan dengan kehadiran Presiden PPTD, YBhg Dato’ Seri Zainal Rahim Seman.

Pages