Kenali PPTD

SEJARAH PPTD


PPTD Malaysia didaftarkan pada 13 Januari 1950.

Pada masa itu pendaftaran telah dibuat atas nama ‘Malaya Civil Service Association’ beralamat di Malaya Establishment Office, Kuala Lumpur. Kini usia PPTD telah pun menjangkau 73 tahun.

OBJEKTIF


  • Menyemai perasaan berpersatuan dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli-ahli.
  • Memupuk kesedaran ahli-ahli akan tanggungjawab berkaitan dengan jawatan yang mereka sandang.
  • Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka.
  • Meluaskan pengalaman dan pengetahuan serta meninggikan kebolehan ahli-ahli dalam menjalankan tugas mereka.
  • Mengemblengkan tenaga ahli-ahli bagi memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembangunan untuk negara dan rakyat.
  • Memastikan PTD sebagai perkhidmatan terpenting dan utama Negara.
  • Memupuk hubungan baik dengan pucuk pimpinan serta dengan perkhidmatan lain dalam perkhidmatan awam serta seasta.

TAFSIRAN


Penyatuan tenaga ahli-ahli dalam mempertahankan kedaulatan negara dalam lingkungan perkhidmatan awam.

Dengan sepotong ayat tertera pada Lambang, persatuan perkhidmatan tadbir dan diplomatik bermakna taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara memerlukan penglibatan semua peringkat pegawai PTD.

COGANKATA


Berkhidmat untuk negara dengan mengamalkan kepimpinan berteladan

Ringkasan Sejarah

1826

PENGAMBILALIHAN PENTADBIRAN

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura diambil alih pentadbirannya dari East India Company dan dijadikan Crown Colony di bawah pemerintah Kerajaan Inggeris. Para pentadbirnya terdiri daripada anggota Eastern Cadetship Service.

1865

PENUBUHAN STRAITS SETTLEMENT CIVIL SERVICE

Atas perakuan Jawatankuasa Robinson, Straits Settlements Civil Service ditubuhkan. Pegawai-pegawai diambil dari Britain dan dilantik oleh Colonial Office ke jawatan Straits Cadetship dengan gaji 200 setahun. Frank Swettenham yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam perkhidmatan awam Tanah Melayu adalah antara pegawai-pegawai muda yang dilantik ke jawatan ini dalam tahun 1871.

1874

PERJANJIAN PANGKOR

Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 25 Januari. Dengan perjanjian ini, negeri Perak jatuh ke tangan pemerintah Inggeris yang menubuhkan sistem pemerintahan Residen yang dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat dengan persetujuan Colonial Secretary di London.

1875

PERLANTIKAN JAWATAN

SelangoR menerima pentadbiran secara Residen dan Frank Swettenham dilantik menjadi Penasihat kepada Sultan Abdul Samad di Kuala Langat. Kemudian, J.G. Davidson dilantik menjadi Residen bagi Negeri Selangor berpusat di Klang dan Swettenham menjadi Penolong Residen.

1876

PENUBUHAN SISTEM RESIDEN DI NEGERI SEMBILAN

Pegawai Inggeris ditempatkan di Sungai Ujong bagi menjalankan tugas-tugas Residen. Sistem Residen ditubuhkan apabila kerajaan Negeri Sembilan diwujudkan dalam tahun 1889.

1888

PENUBUHAN SISTEM RESIDEN DI NEGERI PAHANG

Sistem pentadbiran Residen ditubuhkan di Negeri Pahang.

1896

PENUBUHAN FEDERATED MALAY STATES

Penubuhan Federated Malay Stated (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) yang mengandungi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem pentadbiran secara persekutuan dilaksanakan dengan menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan awam negeri-negeri itu dan perkhidmatan awam negeri-negeri selat (Straits Settlements) ke dalam satu perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service.

1904

PENUBUHAN MALAYAN CIVIL SERVICE (MCS)

Malayan Civil Service (MCS) diwujudkan khas untuk pegawai British.

1909

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang selama ini dianggap oleh kerajaan Inggeris sebagai ‘Siamese Malay States’ diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Siam keapada kerajaan Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Non-Federated Malay States.

1910

PENUBUHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU

Skim Perkhidmatan pegawai-pegawai Melayu ditubuhkan. Keanggotaannya dipilih daripada mereka yang diasuh dan dilatih di kolej Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan terutamanya bagi maksud ini dalam tahun 1905.

1921

PEMBUKAAN MALAYAN CIVIL SERVICE (MCS)

Malayan Civil Service (Perkhidmatan Tadbir Malaya) dibuka kepada pegawai-pegawai Melayu.

1938

PERKHIDMATAN TADBIR MELAYU

Perkhidmatan ini menjadi perkhidmatan tadbir melayu (Malaya Administrative Service)

1950

MALAYAN SERVICE ASSOCIATION

Malayan Civil Service Association didaftar dengan pendaftar pertubuhan.

1956

PERKHIDMATAN LUAR NEGERI

Perkhidmatan Luar Negeri atau External Affairs Service (EAS) ditubuhkan.

1966

PERKHIDMATAN DALAM DAN LUAR NEGERI

Pemansuhan Perkhidmatan Tadbir Malaya (Malayan Civil Service) dan perkhidmatan luar negeri dan digantikan dengan perkhidmatan dalam dan luar negeri Malaysia (PLDN) atau Malaysian Home and Foreign Service.

1971

PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK

Pertukaran nama kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). atau Administrative and Diplomatic Service (ADS)


MINI SURVEY ON PPTD’S NEW TAB: MEMBERS’ BENEFITS
TINJAUAN MINI MENGENAI TAB BAHARU PPTD: KELEBIHAN AHLI
Please answer the following questions to help us understand more. Thank you!
Sila jawab soalan-soalan berikut untuk membantu kami memahami dengan lebih lanjut. Terima kasih!

Are you a PPTD Member?
Adakah anda merupakan ahli PPTD?

Clear selection

Did you experience any delays while browsing this website, especially the Members’ Benefits tab?
Adakah anda mengalami sebarang kelewatan semasa melayari laman sesawang ini, terutamanya tab Kelebihan Ahli?

Clear selection

How satisfied were you with the website’s content, especially on Members’ Benefits?
Sejauh manakah anda berpuas hati dengan kandungan laman sesawang ini, terutamanya mengenai Kelebihan Ahli?

Clear selection

Has this new tab on Members’ Benefits increased your awareness and perception of PPTD?
Adakah tab baharu mengenai Kelebihan Ahli ini berjaya meningkatkan kesedaran dan persepsi anda tentang PPTD?

Clear selection

Would you recommend this website to others, especially with the introduction of the new tab on Members’ Benefits?
Adakah anda akan mengesyorkan laman sesawang ini kepada orang lain, terutamanya dengan pengenalan tab baharu mengenai Kelebihan Ahli?

Clear selection