Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua Ahli
Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Malaysia.
YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya izinkan saya menjemput perhatian semua ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik berhubung dengan perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan ketetapan peruntukan Fasal 13
Perlembagaan PPTD, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 12 Disember 2025 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Za’aba,
Kementerian Pendidikan Tinggi
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62000 PUTRAJAYA.
Sila klik pengesahan kehadiran seperti di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf5FwUEZB0N6bYHy7z8vy00WWxl17jLv8cgBBjZiLprGs1hgA/viewform?pli=1
Sekian, terima kasih.
Urusetia PPTD